Monday 21 November 2016

MAJLIS SUKAN NEGERI SEMBILAN

   INFO TENTANG MAJLIS SUKAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS  


LATAR BELAKANG MAJLIS SUKAN NEGERI SEMBILAN,NEGERI SEMBILAN 

Majlis sukan Negeri Sembilan telah ditubuhkan dibawah Akta Majlis Sukan Negara iaitu pada tahun 1971 dibawah kaedah berikut:

  • Setiap negeri membangunkan Majlis Sukan dibawah negeri masing masing.
  • Setiap Majlis sukan melantik seorang pengarah, pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat awam yang lain yang difikirkan perlu bagi membantu dan melicinkan pentadbiran dan menjalankan fungsi hal ehwal Majlis dengan cekap.

OBJEKTIF MAJLIS SUKAN NEGERIL NEGERI SEMBILAN 

  • Untuk memajukan sukan dalam negeri dengan usaha dan perancangan mempertingkatkan prestasi atlet-atlet dari peringkat akar umbi bagi menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mengadakan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang mencukupi bagi kemajuan sukan di peringkat daerah dan negeri.
  • Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal serta pemimpin sukan tempatan.
  • Membantu memperbaiki dan memperkemaskan persatuan juga pertubuhan sukan peringkat daerah dan negeri serta merancang bersama-bersama perlaksanaan program pembangunan Sukan.
  • Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan di bawah tanggungan dan tanggungjawab Majlis.
  • Menyelaras penyertaan dan persiapan kontinjen negeri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

FUNGSI MAJLIS SUKAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

  • Menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran Majlis Sukan Negeri.
  • Membantu penubuhan Majlis Sukan Daearah dengan mengadakan kemudahan sukan yang bersesuaian bagi memajukan sukan di peringkat akar umbi.
  • Mencadangkan syor-syor kepada Kerajaan Negeri mengenai cara-cara, langkah-langkah dan dasar yang patut diambil bagi tujuan kemajuan juga pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan berprestasi tinggi serta melaksanakannya jika syor-syor tersebut diluluskan.
  • Membantu memperbaiki dan memperkemaskan persatuan juga pertubuhan sukan di peringkat daerah dan negeri serta merancang bersama-sama perlaksanaan program pembangunan sukan.
  • Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan di bawah tanggunggan dan tanggungjawab Majlis.
  • Menyelaras penyertaan dan persiapan kontinjen negeri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA)

1 comment:

  1. 1xbet korean 1xbet korean 1xbet korean 1xbet korean
    1xbet korean 1xbet korean 1xbet korean 1xbet 1xbet korean korean 1xbet korean 1xbet korean 1xbet korean 1xbet korean 샌즈카지노 1xbet korean 1xbet korean 바카라 사이트 1xbet korean 1xbet

    ReplyDelete